Thursday, 25 February 2016

7 ciri anak durhaka


Anak Durhaka

7 Ciri-Ciri Anak Durhaka~Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya ‘ah’, dan janganlah kamu membentak mereka. [QS. Al-Isra' (17): 23] ‘Uquuqul walidain (durhaka kepada orang tua) adalah dosa besar. Karena itu, Rasulullah saw. seperti yang dikutip oleh Ibnu Al-Atsir dalam kitabnya An-Nihaayah melarang perbuatan durhaka kepada kedua orang tua. Seseorang dikatakan ‘aqqa waalidahu, ya’uqquhu ‘uqaaqan, fahuwa ‘aaqun jika telah menyakiti hati orang tuanya, mendurhakainya, dan telah keluar darinya. Kata ini merupakan lawan dari kata al-birru bihi (berbakti kepadanya).


Kata al-’uquuq (durhaka) berasal dari kata al-’aqq yang berarti asy-syaq (mematahkan) dan al-qath’u (memotong). Jadi, seorang anak dikatakan telah durhaka kepada orang tuanya jika dia tidak patuh dan tidak berbuat baik kepadanya, atau dalam bahasa Arab disebut al-’aaq (anak yang durhaka). Jamak dari kata al-’aaq adalah al-‘aqaqah. Berdasarkan pemaknaan ini, maka rambut yang keluar dari kepala seorang bayi yang baru lahir dari perut ibunya dinamakan dengan aqiiqah, karena rambut itu akan dipotong. Yang dimaksud dengan al-’uquuq (durhaka) adalah mematahkan “tongkat” ketaatan dan “memotong” (memutus) tali hubungan antara seorang anak dengan orang tuanya.

Jadi, yang dimaksud dengan perbuatan durhaka kepada kedua orang tua adalah mematahkan “tongkat” ketaatan kepada keduanya, memutuskan tali hubungan yang terjalin antara orang tua dengan anaknya, meninggalkan sesuatu yang disukai keduanya, dan tidak menaati apa yang diperintahkan atau diminta oleh mereka berdua. Berikut 7 Ciri-Ciri Anak Durhaka versi 7Top Ranking.

1. Berkata AH
Mengatakan “ah” kepada orang tua dan mengeraskan suara di hadapan mereka ketika berselisih, dan juga Tidak memberikan nafkah kepada orang tua bila mereka membutuhkan.

2. Tidak Melayani dengan Baik
Tidak melayani mereka dan berpaling darinya. Lebih durhaka lagi bila menyuruh orang tua melayani dirinya dan Mengumpat kedua orang tuanya di depan orang banyak dan menyebut-nyebut kekurangannya.

3. Menajamkan Mata
Menajamkan tatapan mata kepada kedua orang tua ketika marah atau kesal kepada mereka berdua karena suatu hal.

4. Membuat Orang Tua Sedih
Membuat kedua orang tua bersedih dengan melakukan sesuatu hal, meskipun sang anak berhak untuk melakukannya. Tapi ingat, hak kedua orang tua atas diri si anak lebih besar daripada hak si anak.

5. Tidak Mengakui
Malu mengakui kedua orang tuanya di hadapan orang banyak karena keadaan kedua orang tuanya yang miskin, berpenampilan kampungan, tidak berilmu, cacat, atau alasan lainnya.

6. Tidak Hormat
Tidak mau berdiri untuk menghormati orang tua dan mencium tangannya.

7. Mendahului Orang Tua
Duduk mendahului orang tuanya dan berbicara tanpa meminta izin saat memimpin majelis di mana orang tuanya hadir di majelis itu. Ini sikap sombong dan takabur yang membuat orang tua terlecehkan dan marah.

Saturday, 13 February 2016

Cara merawat jerawat dan parut

cantikkan mukaAnda tercari-cari bagaimana caranya untuk meghilangkan parut jerawatyang terdapat di muka? Anda berasa malu dengan pandangan orang sekeliling? Usah risau. Disini disertakan petua untuk menghilangkan masalah parut jerawatyang anda dialami.
Antara petua yang dapat dikongsikan disini ialah:

• Parut jerawat baru yang kelihatan hitam dapat diatasi dengan melakukan scrub untuk menanggalkan sel kulit mati. Lakukan scrub seminggu 2 kali atau mengikut peraturan pemakaian dan hasilnya kulit akan kelihatan sihat dan mulus.Tapi jangan lakukan scrub ketika kulit berjerawat dan meradang kerana ini akan menyebabkan radang menjadi semakin teruk.
• Selain itu, boleh menggunakan sabun yang mengandungi glikolic acid atau AHA, untuk menanggalkan sel kulit mati. Agar jerawat tidak berparut hitam atau berbekas , elakkan dari memicit jerawat kerana dapat merosakkan struktur kulit. Ini menyebabkan parut menjadi semakin gelap dan susah untuk dihilangkan.
Dapat tak? Jangan risau, ada lagi petua yang akan dikongsikan disini. Cuba tengok petua dibawah ini. Mungkin boleh membantu.parut muka
Petua Menghilangkan Parut Jerawat:
• Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
• Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.
• Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
• Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
• Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
• Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Bagaimana dengan petua-petua tersebut? Diharapkan petua yang dikongsikan disini dapat membantu anda walaupun sedikit

Friday, 12 February 2016

Jatuh cinta kerana Allah atau nafsu

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta.
.
Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta.
.
Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?
.
Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.
Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.
Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan.
Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.
Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan..:)
Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.
Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami
Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.
Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik.
Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa. Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya.
Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. :)
Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau. Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.
Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.
Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.
Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi.
Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.
Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari
kepala.
Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah.
Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.
Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? :)
Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.
Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya.
Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.
Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.
Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.
Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf.
Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya.
Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya.
Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.
Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.
Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.
Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.
Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:
“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.”
Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.
Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya.
Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”
Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.
Ada orang mangatakan: “Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”
Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan. :)

Tuesday, 2 February 2016

Cinta Allah vs cinta manusia

 
Kalau Anda Lelaki Jangan Baca. Nanti menyesal. Perempuan boleh. Assalamualaikum, saya minta maaf. dah lama saya termenung, fikir pasal surat ni, itu mungkin cerita awak sebagai perempuan, tapi percayalah, tak semua lelaki yang suka ajak perempuan buat maksiat. sejak dari sekolah, saya memang pelik, kenapa orang kata mendekati zina itu haram, bukannya berzina lagi, dah berdosa juga. errm, malas nak fikir panjang-panjang, saya kan sekolah lagi.. tapi masa saya di sekolah, boleh kata saya kira baik la, saya tak hisap rokok, sebab saya tahu mende tu tak bagi faedah pun, tapi saya pun bukannya skema, pernah jugak ponteng kelas sekali dua. biasa2 je.hehe. tapi sejak saya masuk u, saya tengok pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan, memang sangat ketara, ye la, kat sini ikut suka kita nak buat apa, tak macam kat sekolah, nak jumpa awek pun sorok2 kat belakang stor dekat padang, takut warden nampak, tapi itu dulu, sekarang saya dah dekat u, saya tengok ramai perempuan tak pakai tudung, ada yang pakai tudung, ok la. tapi baju pulak hmm, seluar pulak alamakkk. ada jugak baju dah labuh, seluar dah longgar, tapi tudung pulak tak tutup dada, nampak segala apa yang kami kaum lelaki ni takde, adui, camne nak jaga iman ni? tapi saya still control lagi, saya still ingat Allah larang kita dekat dengan zina. 
 
sampai satu hari, ada sorang perempuan cakap yang dia suka saya. dia cantik, pakai tudung, dan dia baik juga. zaman sekarang ni, perempuan makin berani tunjuk2 'hint', mula-mula just nak kawan, sms nak share masalah, kalau pegi shopping atau holiday mana2, mesti dia ada beli something kat saya, mula-mula saya tak layan sangat jugak, takut jugak 'ter'bagi harapan kat orang perempuan ni, mereka mudah sangat perasan, layan sikit, terus ingat kita suka dia. perempuan~ lama-lama, dia dah berani call saya, dengan suara perempuan yang memang lembut mendayu-dayu, naik luruh jantung saya dengar, dia minta tolong saya belikan set kfc zinger burger, adui. banyak kali saya fikir nak beli ke tak, puas saya cari alasan, saya tak nak timbul fitnah. tapi dia cakap dia gastrik, hati saya mula timbul kesian, saya beli makanan dan bagi kat dia. mula-mula memang asalnya kesian je, tapi lama-lama saya rasa best pulak, ada orang nak msg saya, kejutkan solat Subuh, ada orang yang nak dengar masalah saya, ada orang yang nak bg hadiah pada saya, tambah-tambah kawan-kawan dekat kolej saya ni, memang majoriti ada girlfren, kira macam saya bertuah sangat2, saya tak cari pun girlfren pun dah ada orang suka saya, dah ada orang sayang saya! eh, syooookkkk la pulak :)))) kau ada? 
 
 satu hari tu, kami keluar berdua dekat satu tempat ni, nak lintas jalan, dia dah ada kat depan, tiba2 ada kereta laju lalu kat jalan tu, spontan saya tarik tangan dia. zaaaappppp, saya rasa berdebar, saya rasa terkejut dengan tindakan saya, rasa bersalah pun ada, tapi niat saya nak selamatkan dia je... yang paling buat saya lagiiiii terkejut, dia senyum. entah. tak faham apa yang dia fikir. 'dia tak marah ke aku pegang tangan dia?' hati saya pelik. dia senyum lagi, dan kata, 'Awak, terima kasih. sayang awak!' saya senyum juga. malas nak fikir panjang-panjang, ohh. seronok nya. lembutnya tangan diaaaaaaa... rasa nak pegang lagi. 'ha, gatal-gatal!' akal saya marah. tapi hati saya nak. dan jujurnya, saya makin lama, makin rasa sayang pada dia. tak boleh kalau tak ber-sms, tak pernah tak call even cakap selama satu minit, ye la, bila hati dah rindu, bila hati dah sayang, bila hati dah penuh dengan nafsu. 
 
err. . . . . . . . . . . nafsu? saya suka dia sebab nafsu ke? saya cinta dia sebab nafsu ke? 'Tak! Kan saya nak ambil dia jadi isteri saya nanti!' Hati saya marah. 'Awak pasti ke nak ambik dia jadi isteri?' Entah dari mana suara tu datang, Bunyi seakan mengejek. entah, tak tahu apa yang saya fikir time tu. macam -macam perasaan, tapi saya buat tak tahu, biar dalam hati saya dah rasa macam, 'eh-betul-ke-apa-yang-aku-buat-ni?' saya dan dia dah ter'couple', nak buat macam mana, best la ada couple ni, kawan-kawan selalu puji, dia cantik, even pakai tudung, tapi stylo, bergaya kottt. tambah-tambah dengan fesyen sekarang, siapa yang tak kembang semangkuk? eh. please, sama-sama jaga diri... 
 
satu hari tu, saya jumpa video ni. video hilal asyraf. tentang cinta. cinta yang hakiki. terpukul. terpana. terasa. semua ada. saya cinta dia. tapi kenapa saya makin bawak dia ke neraka? Astaghfirullah. kalau betul saya cinta, saya mesti nak bawa dia ke syurga, tapi situasi saya? saya terpaksa mengaku, saya kalah dengan nafsu. saya sebenarnya, ...ikut nafsu. sepanjang hari, lepas saya tengok video tu, saya diam. kawan ajak main bola, saya bagi alasan, member ajak lepak kat mamak, saya tolak. saya nak sendiri, hp saya letak tepi, tekan punat off. saya malu. saya dah tak sanggup. saya dah malu sangat-sangat depan Allah, saya still solat, saya kadang-kadang mengaji, tapi saya buat maksiat jugak. saya makin lalai, endah tak endah tentang dosa. saya rasa, saya dah tahu kenapa Allah tak bagi dekati zina, sebab nanti end up, jadi macam saya. dari sms, lepas tu call, dengar suara, rasa nak jumpa, bila dah terpegang tangan sekali, rasa nak pegang banyak kali, semua tu nafsu! banyaknya dosa saya. :"( 
 
Allah, Allah, Allah. saya bangun, ambik wudhu, solat sunat 2 rakaat, saya mintak sangat2, Allah ampunkan dosa-dosa saya, Allah ampunkan dosa-dosa kita. dan air mata jantan saya mengalir laju. . bila dah tenang sikit, saya 'text' dia, 'Awak, this is not the right way. This is not the way that Allah bless. I let you go, and please let me go. I dont want to bring you to Jahannam, instead I'll pray for you to get the light from Allah. May Allah bless you and me...' dan saya terus matikan hp. buat kali kedua. saya sedar. susah. tapi saya bergantung sepenuhnya pada Allah. sebab Allah yang pegang hati saya, pegang hati dia. saya tak nak berpaling lagi. dan untuk hawa semuanya, jangan terlalu murah, jangan ambik kesempatan dengan kelemahan lelaki, awak buat suara mendayu macam tu, sembur perfume wangi, pakai blous, skirt, selendang ala-ala hot gitu, dah namanya lelaki, kuat mana imannya, mesti akan tergoda jugak. jadi, kena sama-sama jaga diri, simpan godaan-godaan tu pada orang yang teristimewa, kelak. dan sekarang, saya terus begini, mujahadah. doa saya terus kuat. doa supaya dia faham, doa kita sama-sama dalam redhaNya. Insha-Allah. 

Monday, 1 February 2016

18 kesalahan tudung yang serius


kesalahan bertudung
kesalahan bertudung

Kesalahan bertudung

  1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
  3. Bertudung tetapi baju kurungnyaterbelah kainnya.
  4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
  5. Bertudung tetapi amat longgar danmenayangkan jambul dan/atau hujung rambutnya.
  6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  8. Bertudung tetapi dengan tudung yangamat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
  9. Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.
  10. Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.
  11. Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
  12. Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya.
  13. Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.
  14. Bertudung tapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan, jesteru menarik perhatian orang sekeliling.
  15. Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid, menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah.
  16. Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu’ kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.
  17. Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya (e.g. Facebook).
  18. Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Surah Al-Ahzab : 59]
Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA. [ hadis Riwayat Bukhari ]
Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH tutuplah auratmu dengan sempurna !

Anak Amanah Allah

ANAK ITU AMANAH,ANUGERAH DAN UJIAN DARIPADA ALLAH

08:00
Assalamualaikum w.b.t
Anak itu amanah untuk dijaga
Anak sebagai anugerah,amanah dan ujian

Alhamdulillah.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekalian Allah.Anak,satu pemberian yang paling bernilai untuk pasangan yang mendambarkan kebahagian dalam melayari bahtera berkahwinan.Satu Anugerah yang tidak terhingga kepada setiap pasangan untuk menyerikan lagi segenap alam kehidupan.Hari ini kita dikejutkan dengan pelbagai kes-kes yang melibatkan penderaan yang melibatkan kanak-kanak.Dari segi penderaan mental,fizikal dan tak kurang juga penderaan seksual.Apa yang menyedihkan penderaan ini ada juga dilakukan oleh ibu bapa kanak-kanak itu sendiri.Dimana hilangan Amanah yang dipertanggungjawabkan?

ANAK ANUGERAH KEPADA IBU BAPA

Anak sebagai satu Anugerah
Anak sebagai satu Anugerah

Kelahiran seorang anak itu merupakan satu anugerah kepada seseorang daripada Allah swt.Anugerah yang begitu tinggi nilainya kepada hamba-hamba-Nya.Mengapa satu anugerah?Setiap anak yang lahir telah dijanjikan pemberian rezeki masing-masing daripada Allah swt.Firman Allah dalam Al-Quran:

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin.Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepadamu.Membunuh mereka itu sungguh suatu dosa yang besar."[Surah al-israa' 17:31]
Jadi anugerah pemberian rezeki telah dijanjikan setiap anak yang dilahirkan di atas muka bumi ini.Bahkan setiap anak yang dilahirkan dibahagi bahagian rezeki mereka masing-masing sejak berusia 4 bulan dalam kandungan ibu.Sabda Nabi Muhammad saw:

"Sungguh, dikumpulkan penciptaan kalian dalam perut ibumu selama 40 hari.Kemudian dalam waktu yang sama menjadi segumpal darah.Kemudian dalam waktu yang sama menjadi sekerat daging.Kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya dan juga diperintahkan dengan empat hal;untuk menulis rezekinya,ajalnya,amalnya,dan termasuk orang yang sengsara atau bahagia."[HR Bukhari dan Muslim]
ANAK MENJADI AMANAH KEPADA IBU BAPA

Anak adalah pinjaman daripada Allah swt.Jadi ianya merupakan salah satu amanah yang dipegang oleh ibu bapa sebelum kembali kepada penciptanya.Ibu bapa perlulah mendidik,menyayangi anak-anak dengan penuh perhatian.Bekalan ilmu agama perlulah diterapkan untuk menjadikan 'amanah' ini dapat mengenal penciptanya.Mengikuti segala perkara yang disuruh dan meninggalkan setiap perbuatan buruk yang ditegah oleh Allah swt.Sabda Rasulullah saw:

"Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah(suci yakni muslim).Kedua-dua orang tualah yang menjadikan dia yahudi,Nasran ataupun majusi"[Bukhari]

ANAK SEBAGAI UJIAN DARIPADA ALLAH


Kelahiran cahaya mata juga merupakan ujian yang besar kepada setiap ibu bapa.Mereka perlulah mendidik anak-anak mereka dengan memberi pendedahan agama yang sempurna.Ini kerana,persekitaran luar mampu mempengaruhi pemikiran anak-anak terutama apabila memasuki era remaja.Allah berfirman:

"Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar."[Surah Al-Anfal 8:28]

Memiliki anak-anak yang istimewa juga merupakan ujian daripada-Nya.Dugaan yang diberikan untuk melihat sejauh mana kita mampu menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan oleh-Nya itu.Ibu Bapa perlulah memastikan anak-anak menjaga batas-batas yang telah ditetapkan.Contohnya batasan dalam pergaulan dan menutup aurat.InshaaAllah pengakhiran yang baik untuk ibu bapa yang mampu memagang amanah yang dipertanggungjawabkan ini.