Thursday, 28 January 2016

"Bagaimana hendak mengawal dan mengatasi sikap panas baran yang ada dalam diri saya?
Ketika saya berdepan dengan sesuatu hal, saya mampu bersabar pada mulanya, tetapi akhirnya saya tewas juga.
Kesabaran saya hanya dapat bertahan sekejap sahaja sungguhpun saya ada juga beristigfar."
Sesungguhnya kemarahan akan  mengumpulkan segala keburukan.
Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti muka menjadi merah, urat – urat leher menegang, tubuh seakan – akan mengigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk samada mengutuk atau mengeji.
Selain itu, akibat daripada emosi marah tanpa kawalan, seseorang itu boleh bertindak memukul, menumbuk atau membunuh.
Mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain dan akhirnya mewujudkan permusuhan serta kebencian.

Emosi Marah

Walaupun emosi marah adalah sifat semula jadi kita, namun seorang muslim hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala perkara yang boleh menyebabkan kemarahan.
Saya ingin mencadangkan supaya kita mengamalkan tiga langkah kebijaksanaan atau tiga kaedah mengawal emosi marah supaya stabil.
Kemarahan selalunya berpunca daripada kegagalan kita mengawal emosi, emosi marah.
Pelbagai dugaan hidup akan melahirkan pelbagai emosi dalam diri kita yang kadang – kadang membuatkan emosi tidak menentu.

Mengawal emosi marah : Banyakkan Minum Air Kosong

Tiga langkah bertenang yang pertama adalah; banyakkan minum air kosong. Jika pakar kesihatan menyarankan kita supaya minum air lapan gelas sehari, seboleh mungkin capailah angka ini.
Mengapa?
Kerana air memang akan menenangkan dan menyejukkan. Syaitan dijadikan daripada api, maka siramlah api yang berada dalam badan dengan air.
Jangan lupa baca Bismillahirrahmanirrahim setiap kali hendak minum air
Selain itu, jika dapat berwudhuk adalah lebih baik.
Mohon kepada Allah agar api kemarahan yang sedang menyala di dalam diri menjadi kecil dan akhirnya terpadam. Biar terhapus emosi marah tersebut.

Mengawal emosi marah : Memakai Pewangi Setiap Masa

Kedua, amalkan memakai pewangi setiap masa.
Wangikan tubuh dan kawasan persekitaran. Kewangian akan membawa emosi marah kembali stabil manakala bau yang busuk pula boleh menyebabkan kita cepat marah.
Tanpa sebarangan wangian memanglah tiada apa – apa, tetapi jika wangi dapat merangsang diri untuk lebih tenang dan bijaksana

Mengawal Emosi Marah : Amalkan Teknik “Pause”

Pernah dengar teknik ni?
Jika belum, saya menjemput anda membacanya diARTIKEL INI.
Konsep pause adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan. Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional.
Menjadi penyabar semasa marah adalah jalan terbaik. Tetapi kadangkala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita.
Oleh itu, konsep “pause” boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional semasa marah.
***
Semoga Allah menjadikan kita insan yang sangat tenang dan damai sepanjang usia yang masih berbaki. Tingkatkan amal ibadat dan basahkan bibir dengan zikrullah agar hati kita menjadi lebih lembut lagi tenang.
La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)"

Thursday, 21 January 2016

LAPAN PENIPUAN IBU DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


  1. Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku dilahirkan sebagai seorang anak perempuan di sebuah keluarga yang miskin. Bahkan untuk makan saja, selalu kekurangan. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke mangkukku, ibu berkata : "Makanlah nak, aku tidak lapar"--------PENIPUAN IBU YANG PERTAMA
  2.  Ketika ku mulai tumbuh dewasa, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senjanya untuk pergi memancing di sungai dekat rumah, ibu berharap dari ikan hasil pancingan, ia dapat memberikan sedikit makanan bergizi untuk pertumbuhan. Sepulangnya dari memancing, ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan sup ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang yang merupakan bekas sisa tulang ikan yang aku makan. Aku melihat ibu seperti itu, hati juga tersentuh, lalu menggunakan suduku dan memberikannya kepada ibuku. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya, ia berkata : "Makanlah nak, aku tidak suka makan ikan" ----------PENIPUAN IBU YANG KEDUA
  3. Sekarang aku sudah masuk Sekolah Menengah,demi membiayai sekolah abang dan kakakku, ibu pergi ke sekolaj untuk membawa nasi untuk dijual, dan hasil jualannya itu membuahkan sedikit wang untuk menutupi kebutuhan hidup. Di kala musim dingin tiba, aku bangun dari tempat tidurku, melihat ibu masih bertumpu pada lilin kecil dan dengan gigihnya melanjutkan pekerjaannya. Aku berkata : "Ibu, tidurlah, sudah malam, besok pagi ibu kena pergi kerja." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, aku tidak penat" ----------PENIPUAN IBU YANG KETIGA
  4. Ketika ujian tiba, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemaniku pergi ujian. Ketika hari sudah siang, terik matahari mulai menyinari, ibu yang tegar dan gigih menunggu aku di bawah terik matahari selama beberapa jam. Ketika bunyi loceng berbunyi, menandakan ujian sudah selesai. Ibu dengan segera menyambutku dan menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin untukku. Teh yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang jauh lebih kental. Melihat ibu yang dibanjiri peluh, aku segera memberikan gelasku untuk ibu sambil menyuruhnya minum. Ibu berkata : "Minumlah nak, aku tidak haus!" ----------PENIPUAN IBU YANG KEEMPAT
  5. Setelah ayah sakit, ibu yang malang harus merangkap peranan sebagai ayah dan ibu. Dengan berpegang pada pekerjaan dia yang dulu, dia harus membiayai keperluan hidup sendiri. Kehidupan keluargaku pun semakin susah dan susah. Tiada hari tanpa penderitaan. Melihat keadaaan keluarga yang semakin parah, ada seorang pakcik yang baik hati yang tinggal di dekat rumahku pun membantu ibuku baik masalah besar maupun masalah kecil. Tetangga yang ada di sebelah rumah melihat kehidupan kita yang begitu sengsara, seringkali menasihati ibuku untuk berehat. Tetapi ibu yang memang keras kepala tidak mengendahkan nasehat mereka, ibu berkata : "Saya tidak butuh rehat" ----------PENIPUAN IBU YANG KELIMA
  6. Setelah aku, kakakku dan abangku semuanya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu yang sudah tua sudah waktunya pencen. Tetapi ibu tidak mahu, ia rela untuk pergi ke pasar setiap pagi untuk jualan sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakakku dan abangku yang bekerja di luar kota sering mengirimkan sedikit wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, tetapi ibu berkeras tidak mhau menerima wang tersebut. Malahan mengirim balik wang tersebut. Ibu berkata : "Saya ada duit" ----------PENIPUAN IBU YANG KEENAM
  7. Setelah lulus dari ijazah, aku pun melanjutkan pelajaran untuk buat master dan kemudian memperoleh gelaran master di sebuah universiti ternama di Amerika berkat sebuah biasiswa di sebuah syarikat swasta.Akhirnya aku pun bekerja di syarikat itu. Dengan gaji yang lumayan tinggi, aku bermaksud membawa ibuku untuk menikmati hidup di Amerika. Tetapi ibu yang baik hati, bermaksud tidak mahu menyusahkan anaknya, ia berkata kepadaku : "Aku tak biasa tinggal negara orang" ----------PENIPUAN IBU YANG KETUJUH
  8. Setelah memasuki usianya yang tua, ibu terkena penyakit kanser usus,harus dirawat di hospital, aku yang berada jauh di seberang samudera atlantik terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Aku melihat ibu yang terbaring lemah di ranjangnya setelah menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap aku dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum yang tersebar di wajahnya terkesan agak kaku kerana sakit yang ditahannya. Terlihat dengan jelas betapa penyakit itu menjamahi tubuh ibuku sehingga ibuku terlihat lemah dan kurus kering. Aku sambil menatap ibuku sambil berlinang air mata. Hatiku perit, sakit sekali melihat ibuku dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu dengan tegarnya berkata : "Jangan menangis anakku, Aku tidak kesakitan" ----------PENIPUAN IBU YANG KELAPAN



Tuesday, 19 January 2016

<div style="text-align: center;"><embed pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" src="http://freewidget.info/izafullmusik/malay/24.7%20najwa_latif_-_adamu(www.fullmusik.net).swf" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" quality="high" title="najwa latif - adaMU@fullmusik" width="180" height="60"></embed></div>

Sunday, 10 January 2016

AMANAH ALLAH

Allah berfirman: “ Sesungguhnya telah kami berikan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, lalu mereka enggan memikulnya dan takut menerimanya, kemudian amanah tersebut dipikul oleh manusia.”

Amanah merupakan perintah taat yang mempunyai akibat dosa dan pahala. Menurut al-Qurthubi amanah bermaksud agama. Ibn Mas’ud pula membataskan maknanya kepada soal harta. Manakala Abu Darda’ mengatakan mandi junub termasuk di dalam pengertian amanah. Ibnu ‘Umar berkata awal-awal penciptaan manusia bermula dari faraj (kemaluan) nya dan ianya merupakan amanah yang mesti dugunakan secara benar. Sekiranya engkau menjaganya ia akan menjaga kamu. Bukan sekadar itu, telinga, mata, perut, tangan dan kaki semuanya adalah amanah. Tidak beriman bagi orang yang tidak mempunyai amanah.

Al-Hasan telah berkata: “Allah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung lalu Allah berfirman; “Jika engkau laksanakan dengan baik (amanah) maka bagi engkau pahala, sebaliknya jika tidak bagi engkau seksaan.” Lalu mereka berkata; “Kami tidak sanggup!” Mujahid berkata; “Ketika Allah menciptakan Adam, ditawarkan amanah itu kepadanya. Penawaran kepada langit, bumi dan gunung-ganang adalah berupa pilihan bukan ketetapan. Sedangkan penawaran kepada Adam adalah ketetapan.” Al-Qoffal dan lainnya berkata: “Penawaran di dalam ayat tersebut adalah suatu yang indah di mana langit, bumi, gunung sekalipun besar masih tidak sanggup menerima amanah sebaliknya manusia sanggup memikulnya.

Ibnu Abbas berkata amanah itu ditawarkan kepada Adam lalu dikatakan kepadanya; “Jika engkau taati engkau akan diampuni sebaliknya jika engkau derhaka engkau akan disiksa.” Adam menjawab; “Aku sanggup mentaatinya”. Namun tidakpun sampai pun beberapa jam Adam telahpun menderhakaiNya dengan mamakan buah khuldi yang ditegah untuknya.

Amanah merupakan manifestasi dari keimanan. Sesiapa yang menjaga amanah Allah, sudah pasti Allah akan menjaga imannya. Rasulullah SAW bersabda; “Tidak beriman bagi sesiapa yang tidak menunaikan amanah dan tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak menunaikan janjinya.”

Rasulullah SAW bersabda; “Dikatakan mukmin bagi seseorang yang tidak khianat dan tidak berdusta.” Sabdanya lagi; “Umatku sentiasa baik selama mana tidak menjual amanah dan menggadaikan kejujurannya.”

Baginda bersabda lagi; “Berikanlah amanah kepada orang yang mempercayaimu dan janganlah mengkhianati orang yang mengkhianatimu.” Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; “Tanda orang munafik itu tiga; jika berkata ia berbohong, jika berjanji ia mengengkarinya dan jika diberikan amanah ia berlaku khianat.”

Siapakah yang dipertanggungjawabkan terhadap segala amanah?

Persoalan inilah yang sewajibnya kita renungi kerana setiap orang daripada kita mempunyai amanah yang wajib dilaksanakan terhadap yang empunya haknya. Tidak mengira siapa diri kita samada seorang pemimpin negara, raja mahupun menteri, wakil parlimen atau DUN, ketua pejabat atau jabatan, ketua kampong atau taman, imam masjid dan surau, ketua keluarga bahkan diri sendiri semuanya adalah pemimpin bagi ahlinya. Maka berwaspadalah terhadap setiap amanah yang dipikul. Status atau jawatan bukan satu kebanggaan bahkan amanah.

Nabi SAW bersabda; “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawbkan atas kepimpinannya.”

Di dalam Zahru al-Riyadh menyebutkan, pada hari kiamat seorang hamba dihadapkan kepada Allah SWT lalu Allah SWT berfirman; “Apakah engaku telah menunaikan amanah kepada fulan (tanggungannya atau ahlinya)? “Tidak ya Tuhanku.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat menyeret dan menghumbankannya ke Neraka jahannam. Ia melihat amanah di dalam Jahannam lalu ia terjun key dalamnya selama tujuh puluh tahun sehingga ke pertengahannya. Kemudian ia membawa naik amanah sehingga ke permukaan lalu tergelincir semula kakinya lalu jatuh semula ke dalam Jahannam dan begitulah hal keadaanya berulang-kali sehinggalah datang Rahmat Allah berkat syafaat Rasulullah SAW kepada umatnya dan keredhaan dari tanggungan atau ahlinya.”

Dari kisah di atas, mari kita muhasabah kembali tentang segala amanah yang kita pikul. Diri kita ada amanah iaitu;

7 pancaindera - Mata, telinga, lidah, tangan, kaki, perut, kemaluan. Di mana dan kemanakah kita gunakan anggota-anggota ini? Untuk beribadah atau untuk melakukan dosa? Memastikan kesemua anggota ini digunakan untuk beribadah dan meninggalkan dari berbuat dosa merupakan amanah.

Isteri dan anak-anak dan mereka yang berada di bawah tanggungan – Di manakah mereka dan apakah yang mereka buat? Ilmu agama mereka, kesempurnaan aqidah dan ibadah mereka bagaimana? Atau mereka dalam keadaan jahil agama lalu mereka melakukan dosa dan kesalahan? Memastikan isteri, anak-anak dan tanggungan sentiasa taat kepada perintah agama samada beribadah dan tinggalkan dosa merupakan amanah.

Pekerjaan dan usaha mencari keperluan hidup – Bagaimanakah pekerjaan kita, terlepaskah dari terlibat dengan urusan yang diharamkan oleh Allah atau yang syubahat? Terlibat yang diharamkan mungkin jenis pekerjaan, tempat pekerjaan dan urusan pekerjaan. Memastikan pekerjaan terselamat dari yang haram dan syubhat adalah amanah.

Harta yang diperolehi, dimiliki dan yang dibelanjakan – Bagaimanakah harta yang diperolehi, adakah bersumber dari pekerjaan yang haram atau syubahat? Apakah kita berlaku zalim mengambil harta atau hak orang lain? Apakah harta yang dimiliki tidak dikeluarkan zakat darinya? Atau ke manakah harta dibelanjakan, berapakah yang kita belanjakan untuk agama Allah, membantu anak-anak yatim dan orang-orang yang lebih susah seperti fakir miskin dan sebagainya? Memastikan harta dimanfaatkan untuk sara hidup keluarga dan tanggungan, keluar zakat, infaq dan sedekah merupakan amanah.

Orang-orang yang berada di bawah kepimpinan kita – Bagamanakah hal keadaan mereka? Urusan dunia dan akhirat mereka macamana? Adakah mereka tunduk kepada syariat Allah atau menentangnya? Memastikan mereka selamat di dalam urusan dunia dan akhirat, bagi pemimpin ia merupakn amanah.

Wallahua’alam